AGENDA

Agong jalani rawatan susulan intervensi di IJN

28 Sep 2020, 10:44 AM
Agong jalani rawatan susulan intervensi di IJN

SHAH ALAM, 28 SEPT: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat keracunan makanan dan intervensi dinasihati menjalani rawatan susulan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negera berkata rawatan keracunan makanan bermula apabila Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke institut itu pada malam 21 September, sementara rawatan intervensi dilakukan susulan pengimejan MRI pada 22 September yang menunjukkan kecederaan dialami baginda ketika bersukan.

"Rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah berlangsung dengan jayanya pada 24 September. Seri Paduka Baginda kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.

"Ekoran daripada rawatan intervensi ini, Seri Paduka dinasihatkan untuk menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan pakar perubatan IJN," kata Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan.

Beliau menambah Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat pulang ke Istana Negara dalam masa terdekat selepas selesai menjalani rawatan susulan.

Pada 22 September, Agong dilaporkan menjalani rawatan di IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan dan keadaan baginda tidak membimbangkan.

“Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka tidak dalam keadaan yang membimbangkan,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan sebelum ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619