AGENDA

PKPD pentadbiran Amanjaya tamat, tiada lagi kes Covid-19

27 Sep 2020, 8:21 AM
PKPD pentadbiran Amanjaya tamat, tiada lagi kes Covid-19

SHAH ALAM, 27 SEPT: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Zon Melor, Amanjaya, Kedah tamat hari ini, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penamatan dibuat selepas tiada kes baharu positif Covid-19 direkodkan untuk tempoh 13 hari sejak 14 September lalu.

"Sebanyak 4,931 sampel diambil di Zon Melor dan bilangan kes positif Covid-19 kekal 13 kes seperti yang direkodkan pada 13 September yang lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPD secara pentadbiran di Amanjaya membabitkan Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melor yang bermula dari 28 Ogos sehingga 13 September.

Bagaimanapun pelaksanaan disambung di Zon Melor bermula 14 September hingga 27 September susulan 12 kes positif Covid-19 dikesan pada saringan kali kedua. Ia membabitkan 609 rumah dengan anggaran 2,529 penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619