AGENDA

Amirudin: RM10,000 tanda solidariti kepada pengundi Sabah

21 Sep 2020, 2:05 PM
Amirudin: RM10,000 tanda solidariti kepada pengundi Sabah
Amirudin: RM10,000 tanda solidariti kepada pengundi Sabah

SHAH ALAM, 21 SEPT: Dato' Seri Amirudin Shari menghulur sumbangan peribadi RM10,000 kepada Persatuan Kasih Mahasiswa Malaysia sebagai menyokong kempen Pulang Mengundi Sabah.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor turut menyifatkan sumbangan tersebut sebagai tanda solidariti kepada pengundi negeri di bawah bayu dan sokongan kepada demokrasi yang bakal memanfaatkan lebih kurang tiga puluh pengundi yang tinggal di Semenanjung untuk pulang mengundi.

"Saya dan pimpinan parti ingin menggesa orang ramai yang sudi menyumbang untuk menghulurkan bantuan dengan mengikuti akaun @PulangMengundiSabah di Facebook serta @PulangMengundi di Twitter.

"KEADILAN Selangor komited menyuburkan amalan demokrasi di negara ini dan memperkukuhkan semangat setiakawan rakyat berbilang kaum berteraskan semangat Perlembagaan Persekutuan," kata Dato' Menteri Besar menerusi kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September. Seramai 447 calon bakal bertanding melibatkan seramai 404 lelaki dan 43 wanita.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619