AGENDA

Rancak semula sektor perumahan pascawabak Covid-19

15 Sep 2020, 8:46 AM
Rancak semula sektor perumahan pascawabak Covid-19

SHAH ALAM 15 SEPT: Sektor perumahan di negeri ini kembali rancak selepas terhenti susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata projek merangkumi pembinaan 30,000 unit Rumah Idaman dalam tempoh tiga hingga lima tahun serta kediaman lain yang menyumbang RM12 bilion kepada nilai ekonomi.

"Walaupun sektor perumahan hanya meliputi antara 10 hingga 15 peratus daripada kek ekonomi Selangor tetapi sumbangannya amat penting.

"Kelembapan sektor perumahan akan menjejaskan sistem sokongan meliputi sektor bahan mentah seperti simen dan batu atau perbekalan merangkumi aksesori rumah seperti kipas, penghawa dingin, perabot dan pelbagai komponen penting lain," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada Majlis Penjenamaan Semula Projek Perumahan Idaman Taman Air Manis, Sabak Bernam di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Amirudin berkata pelaksanaan projek Rumah Idaman bakal menyelesaikan masalah pemilikan rumah golongan B40 dan M40 selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri serta peluang pekerjaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619