EXCO

Selangor tanggung penuh elaun ketua kampung tradisi

14 Sep 2020, 12:40 PM
Selangor tanggung penuh elaun ketua kampung tradisi

SHAH ALAM, 14 SEPT: Elaun bulanan ketua kampung tradisi ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri selepas Putrajaya tidak lagi mengiktiraf fungsi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

EXCO Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Rodziah Ismail berkata Kerajaan Negeri sebelum ini membayar elaun berjumlah RM500 manakala baki RM700 dibayar kerajaan pusat.

"Organisasi MPKK diguna pakai secara rasmi sejak 27 Jun 2018 dan Selangor hanya mengiktiraf MPKK sahaja. Kita menolak perubahan nama kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

"Mesyuarat EXCO bersetuju supaya kita membayar sepenuhnya elaun ketua kampung walaupun langkah ini memberi beban kewangan kepada Kerajaan Negeri," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kesatuan Penghulu Negeri Selangor di Hotel Concorde hari ini.

Pada 10 Julai, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata MPKK dijenamakan semula sebagai JPKK manakala Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619