AGENDA

Merdeka 2020 milik bersama, semua kaum 'perangi' Covid-19 - MB

31 Ogos 2020, 11:10 AM
Merdeka 2020 milik bersama, semua kaum 'perangi' Covid-19 - MB

SHAH ALAM, 31 OGOS: Sambutan kemerdekaan ke-63 dianggap milik bersama apabila masyarakat tanpa mengira kaum berperang untuk menentang Covid-19, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata petugas barisan hadapan juga dihargai pada sambutan kali ini termasuk petugas hospital, pasukan keselamatan, sukarelawan mahupun penghantar makanan yang memenuhi keperluan seharian rakyat ketika tempoh kawalan.

"Justeru, merdeka tahun ini adalah merdeka kita bersama kerana semuanya terlibat termasuk mereka yang bekerja di lapangan ataupun yang tidak kelihatan. Oleh itu marilah kita raikan merdeka tahun ini dengan semangat kita bersama," katanya menerusi video Hari Kebangsaan ke-63 yang didedikasi khas untuk rakyat Selangor.

Pada masa sama, Amirudin berkata rakyat di negara ini mampu mengharungi pelbagai cabaran sejak awal termasuk rusuhan, cabaran ekonomi dan kali ini 'berperang' dengan Covid-19.

Katanya, ia adalah pengalaman baru dan pengajaran penting bahawa semangat muafakat dan perpaduan kaum menjamin kejayaan negara.

"Dengan cabaran yang kita tak pernah fikir dan jangka, kita dapat atasi kerana semua pihak sudah bekerja keras, bekerja satu sama lain menghargai dan memberikan sepenuh kerjasama bagi memastikan perang Covid-19 berjaya ditempuhi.

"Pelbagai cabaran dan rintangan yang dilalui dapat mengekalkan muafakat dan perpaduan kita di antara satu sama lain," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619