AGENDA

Dua atlet taekwondo berpeluang raih slot ke Olimpik 2020

14 Ogos 2020, 12:13 PM
Dua atlet taekwondo berpeluang raih slot ke Olimpik 2020

KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Dua atlet taekwondo negara, Ahmad Nor Iman Hakim Rakib dan Syafiq Zuber dilihat berpeluang menempah slot secara merit ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo tahun depan.

Pengarah Teknikal Taekwondo Malaysia (TM) R Dhanaraj berkata atlet Malaysia memiliki peluang beraksi pada temasya sukan berprestij itu kerana masih terdapat empat slot dari benua Asia untuk diisi.

"Peluang itu ada tapi kita tidak boleh cakap ia terlalu cerah. Kita ada dua atlet masing-masing kategori bantam (Ahmad Nor Iman) serta feather (Syafiq) dan slot mereka (untuk atlet Asia) masih ada," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, hari ini.

Kali terakhir Malaysia mempunyai wakil adalah pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing menerusi Elaine Teo dan Che Chew Chan, masing-masing beraksi dalam kategori wanita bawah 57 kilogram (kg) dan 67kg.

Sementara itu, Dhanaraj berkata tiada sebarang kejohanan antarabangsa dianjurkan pada tahun ini selepas pengumuman dibuat World Taekwondo pada April lepas ekoran pandemik Covid-19.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619