AGENSI

33 kematian akibat denggi di Selangor, menurun berbanding tahun lalu

11 Ogos 2020, 9:14 AM
33 kematian akibat denggi di Selangor, menurun berbanding tahun lalu

SHAH ALAM, 11 OGOS: Sebanyak 33 kematian akibat denggi direkodkan di Selangor sejak Januari hingga 8 Ogos lalu berbanding 37 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor berkata jumlah kes demam denggi juga mencatat penurunan sehingga minggu epid (ME) 32 iaitu 34,736 kes berbanding 46,121 tahun lalu.

"Sepanjang minggu lalu 646 kes sama dilaporkan iaitu turun 8.8 peratus berbanding 708 kes pada minggu sebelumnya.

"Lima daerah utama mencatatkan kes demam denggi tertinggi adalah Petaling dengan 12,333 kes diikuti Hulu Langat (6,689), Klang (6,169), Gombak (4,986) dan Sepang (1,941)," kata Dato' Dr Sha'ari Ngadiman dalam kenyataan.

Beliau berkata jumlah lokaliti wabak denggi aktif adalah 280 dengan perincian lokaliti panas sebanyak 35, wabak tidak terkawal (21), wabak terkawal (213) dan wabak baharu (11).

"Bilangan lokaliti panas berdasarkan daerah adalah Petaling (13), Hulu Langat (15) manakala Klang dan Hulu Selangor masing-masing dua," katanya.

Dr Sha'ari menyaran komuniti di kawasan kediaman dan tempat kerja melaksanakan gotong-royong secara berkala dengan mengamalkan pendekatan norma baharu seperti memastikan penjarakan fizikal satu meter dan memakai pelitup muka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619