AGENDA

Moratorium: AmBank sedia bantuan pembayaran semula kepada PKS

10 Ogos 2020, 3:09 PM
Moratorium: AmBank sedia bantuan pembayaran semula kepada PKS

KUALA LUMPUR, 10 OGOS: AmBank akan menawarkan bantuan pembayaran semula dan lanjutan moratorium kepada individu dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selepas berakhirnya moratorium pada 30 September 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata bank itu kini menerima permohonan untuk penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman daripada pelanggan.

"Program ini akan memberi manfaat kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, serta pekerja yang dikurangkan gaji.

"Bantuan kami juga turut diperluaskan kepada PKS kerana kami memahami, banyak perniagaan terjejas terus akibat penularan Covid-19," katanya.

Pelanggan boleh menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan bank atau pengurus hubungan bank untuk mendapatkan bantuan, atau menghubungi 03-2178 8888 (pelanggan individu) dan 03-2178 3188 (pelanggan PKS).

Mereka juga boleh menghantar e-mel kepada customercare@ambankgroup.com, melayari laman web https://www.ambank.com.my/eng/repayment-assistance atau mengunjungi cawangan bank terdekat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619