AGENDA

Covid-19: 481 kes baharu di Singapura, keseluruhan 50,369

26 Jul 2020, 11:00 PM
Covid-19: 481 kes baharu di Singapura, keseluruhan 50,369

SINGAPURA, 27 JULAI: Singapura mengesahkan 481 lagi kes jangkitan baharu Covid-19 di republik itu, dengan majoriti daripadanya masih pekerja asing yang tinggal di asrama.

Dengan perangkaan terbaharu ini, jumlah kumulatif mereka yang dijangkiti di negara berkenaan mencecah 50,369 kes.

Dalam data ringkas setakat 12 tengah hari yang dikeluarkan semalam, Menteri Kesihatan Singapura (MOH) berkata berdasarkan siasatannya setakat ini ada lima kes di dalam komuniti, semuanya pemegang pas kerja.

MOH juga berkata terdapat lima kes import, yang telah diserahkan Notis Duduk Dirumah sebaik sahaja tiba di Singapura.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasikan 667 sebagai kes import, 2,160 kes komuniti dan 47,061 penghuni asrama.

Setakat tengah hari kelmarin, 45,352 atau kira-kira 91 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah didiscaj daripada hospital dan pusat penjagaan komuniti.

Terdapat 148 kes disahkan masih lagi di hospital, kebanyakan mereka dalam keadaan stabil atau beransur pulih dan tiada yang ditempatkan dalam unit rawatan rapi.

Sejumlah 4,361 pesakit bergejala atau yang disahkan secara klinikal sihat tetapi masih lagi didapati positif dalam saringan Covid-19 telah diasingkan dan dijaga di pusat penjagaan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia daripada kesan komplikasi Covid-19 di sini.

Hanya satu kluster baharu dikenal pasti semalam, sebuah asrama di 12 Defu Lane 7.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619