AGENDA

14 warga asing ditahan dalam Operasi Benteng

20 Jul 2020, 8:57 AM
14 warga asing ditahan dalam Operasi Benteng

SHAH ALAM, 20 JULAI: Polis menahan 14 warga asing menerusi sekatan jalan raya kerana melakukan kesalahan membabitkan peraturan imigresen semalam.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata tangkapan itu hasil sekatan jalan raya Operasi Benteng yang dilaksanakan di seluruh negara.

"Semalam polis membuat 65 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 36,001 kenderaan bagi mengekang kemasukan warga asing.

"Operasi Benteng melibatkan polis, tentera, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia mengawal ketat sempadan negara bagi menyekat penularan Covid-19," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa menggempur habis-habisan semua lorong tikus yang menjadi laluan keluar masuk warga asing di seluruh negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619