EXCO

AgroData bantu kenal pasti pertanian diperlu industri

18 Jul 2020, 8:57 AM
AgroData bantu kenal pasti pertanian diperlu industri

SHAH ALAM, 18 JULAI: Inisiatif AgroData membantu Kerajaan Negeri mengenal pasti jenis pertanian yang sesuai dipadankan dengan keperluan industri berdasarkan keluasan tanah sedia ada.

EXCO pertanian berkata usaha pengumpulan data yang dimulakan sejak setahun lalu itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan lagi.

"AgroData ialah usaha Kerajaan Negeri untuk melengkapkan penyediaan maklumat sektor pertanian di Selangor.

"Ini membantu menghimpunkan semua informasi berhubung jenis pertanian, guna tanah dan industri yang memproses bahan pertanian atau industri asas tani," kata Ir Izham Hashim ketika dihubungi.

AgroData diperkenal untuk melengkapkan kesenjangan antara permintaan dan penawaran bahan makanan asas dapat membantu petani meningkatkan pengeluaran.

Inisiatif tersebut juga menawarkan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian kepada golongan berkenaan.

Program itu akan dilaksanakan sepanjang gugusan Sungai Selangor di tanah berkeluasan 5,000 ekar seterusnya memastikan bekalan makanan terjamin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619