ADN

Pasang lampu LED elak wayar dicuri, vandalisme - Azmizam

22 Jun 2020, 6:53 AM
Pasang lampu LED elak wayar dicuri, vandalisme - Azmizam

SHAH ALAM, 22 JUN: Pemasangan sistem lampu jalan diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar di Persiaran Pulau Lumut (Laguna Park) dijangka mengatasi masalah kecurian wayar dan vandalisme yang sering berlaku.

Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri berkata ia kerana sistem terbabit menggunakan teknologi terkini iaitu tanpa wayar bagi membekalkan sumber tenaga elektrik.

"Terima kasih Kerajaan Negeri terutama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari kerana meluluskan peruntukan kewangan untuk tujuan pemasangan lampu yang dijangka siap akhir Julai ini," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata pada peringkat permulaan sebanyak 200 tiang lampu dipasang bermula dari Persimpangan Lebuhraya Pulau Indah hingga ke Jambatan Sungai Pinang.

Azmizam berkata semua unit kuasa seperti bateri dan panel solar akan berada pada ketinggian 10 meter atas lampu bagi mengelakkan kes sama berulang.

"Justeru, pengguna jalan raya tidak perlu lagi melalui kawasan tersebut dalam keadaan gelap kerana lampu akan menyala selama 12 jam sehari dengan kecerahan akan dikurangkan selepas jam 12 tengah malam bagi menjimatkan kuasa bateri," katanya.

Difahamkan sebelum ini sering berlaku kes kecurian wayar dan kabel di kawasan tersebut melibatkan individu tidak bertanggungjawab.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619