EXCO

NGO disaran bantu ibu tunggal mohon Kiss dalam talian

1 Mei 2020, 2:15 AM
NGO disaran bantu ibu tunggal mohon Kiss dalam talian

SHAH ALAM, 1 MEI: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta memain peranan membantu ibu tunggal di negeri ini memohon bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) secara dalam talian yang akan dibuka minggu depan, kata EXCO kebajikan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata ia kerana ramai dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet dan mahir dalam penggunaan teknologi.

"Insya-Allah permohonan Kiss dalam talian bakal dibuka minggu depan. Oleh itu, saya mohon jasa baik NGO bantu ibu tunggal yang tiada akses internet untuk memohon," katanya kepada SelangorKini.

Permohonan bantuan Kiss dibuka berikutan banyak maklum balas diterima daripada kumpulan itu membabitkan pelbagai kaum dan kategori yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kiss mengadakan program bantuan khas kepada ibu tunggal dengan manfaat diterima RM200 bagi pembelian barangan keperluan asas yang boleh dilakukan di kedai tertentu seluruh Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619