AGENSI

Yide-Mais sumbang makanan asas sempena Ramadan

24 Apr 2020, 3:01 AM
Yide-Mais sumbang makanan asas sempena Ramadan

SHAH ALAM, 24 APRIL: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang makanan asas kepada 10 rumah anak yatim di sekitar negeri ini sempena menyambut Ramadan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah berkata makanan asas yang disumbang meliputi beras, minyak masak, gula, kicap dan tepung gandum.

"Agihan makanan asas bertujuan memastikan setiap rumah anak yatim ini mempunyai makanan asas yang lengkap dan cukup untuk disediakan kepada 395 orang (anak yatim)," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah hasil sumbangan orang ramai melalui Tabung Covid-19 Mais.

"Selain itu, kita turut mendapat kerjasama dengan QSR Brands Holdings Bhd melalui Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd yang menyediakan set hidangan pizza buat rumah anak yatim seliaan Yide," katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan bantuan melalui Tabung Prihatin Covid-19 Mais dengan melayari http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php atau pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor. (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619