AGENSI

Rakyat Selangor Berdoa henti Covid-19, 30 Mac dan 2 April

28 Mac 2020, 2:51 PM
Rakyat Selangor Berdoa henti Covid-19, 30 Mac dan 2 April
Rakyat Selangor Berdoa henti Covid-19, 30 Mac dan 2 April

SHAH ALAM, 28 MAC: Umat Islam di seluruh negeri ini diajak menyertai Rakyat Selangor Berdoa pada 30 Mac dan 2 April depan bagi memohon Allah mengangkat musibah wabak Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata penganjurannya dibuat selepas perbincangan bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor serta Majlis Agama Islam Selangor yang turut mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mohd Shahzihan Ahmad berkata acara itu dijadual bermula jam 8.50 malam dengan imam masjid dan surau akan memperdengarkan zikir munajat melalui alat pembesar suara diikuti bacaan doa disediakan Jabatan Mufti Selangor.

"Ahli kariah dan umat Islam yang tidak dapat mendengar zikir serta doa dari masjid atau surau boleh mengikutinya melalui siaran langsung menerusi Facebook Masjid Negeri Selangor dan Bukit Jelutong.

"Kita berharap doa itu akan diamalkan selepas itu sebagai usaha untuk memohon daripada Allah untuk mengangkat wabak Covid-19," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619