ADN

ADN Jeram beri sumbangan, bantu penduduk terkesan Covid-19

27 Mac 2020, 4:24 AM
ADN Jeram beri sumbangan, bantu penduduk terkesan Covid-19

SHAH ALAM, 27 MAC: Sejumlah 500 set barangan keperluan dapur disumbangkan kepada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri Jeram semalam, yang berdepan kesukaran akibat penularan Covid-19, kata Ahli Dewan Negeri (ADN)nya.

Mohd Shaid Rosli berkata sumbangan melalui peruntukan khas Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 diumumkan Kerajaan Negeri baru-baru ini bagi meringankan beban mereka terutama apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April depan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari yang prihatin dengan kesusahan rakyat yang hilang sumber pendapatan," katanya kepada SelangorKini.

Menerusi pakej rangsangan itu Amirudin memberi kelonggaran kepada ADN untuk menggunakan peruntukan sehingga RM30,000 bagi tujuan berkenaan.

Peruntukan minimum untuk inisiatif itu berjumlah RM1.68 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619