AGENSI

Program Pusat Wanita Berdaya perlu ditambah baik ikut masa

8 Mac 2020, 4:29 AM
Program Pusat Wanita Berdaya perlu ditambah baik ikut masa
Program Pusat Wanita Berdaya perlu ditambah baik ikut masa

SHAH ALAM, 8 MAC: Modul Pusat Wanita Berdaya (PWB) perlu ditambah baik dari semasa ke semasa seiring dengan perubahan era, kata yang dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor.

Datin Seri Masdiana Muhamad berkata program memperkasa wanita perlu dibuat agensi itu secara berterusan supaya golongan tersebut tidak terpinggir serta dapat melibatkan diri dalam semua bidang.

"Dahulu kita terpaksa masuk ke kampung untuk mencari golongan wanita atau ibu sebagai peserta program komuniti ini.

"Namun keadaan telah berubah yang mana kumpulan berkaitan berlumba-lumba menyertai PWB," katanya berucap pada Majlis Apresiasi Sedekad PWB di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini semalam.

[caption id="attachment_388906" align="aligncenter" width="670"] Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad berucap ketika Majlis Apresiasi Sedekad Pusat Wanita Berdaya di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam pada 7 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Masdiana turut melancarkan logo PWB sempena sepuluh tahun penubuhan pusat komuniti tersebut.

Beliau berkata wanita adalah tulang belakang negara dan slogan 'wanita berdaya wanita berdikari' telah membuahkan hasil selepas sedekad penubuhan PWB.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619