SELANGOR

Dua restoran kotor, ada tikus ditutup

28 Feb 2020, 1:47 AM
Dua restoran kotor, ada tikus ditutup

SHAH ALAM, 28 FEB: Jabatan Kesihatan Selangor menutup dua restoran di daerah Klang kerana beroperasi dalam persekitaran kotor serta terdapat kehadiran tikus dan lipas, kata pengarahnya.

Dato' Indera Dr Sha'ari Ngadiman berkata arahan penutupan selama dua minggu dibuat mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 ketika Ops Aduan Premis Makanan di kawasan berkenaan pada 19 Februari lalu.

"Tiga premis makanan diperiksa dan dua daripadanya diarah tutup. Pemilik diberi tempoh 14 hari untuk melakukan kerja pembersihan," katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam operasi sama, katanya, sebuah lagi premis diberi empat notis kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana menggaji pekerja yang tiada latihan pengendali makanan, gagal mengekalkan kebersihan premis dan tong sampah tidak bertutup.

"Premis itu mempunyai tahap penilaian lebih 65 peratus dan empat notis kesalahan dikeluarkan di bawah peraturan sama iaitu Peraturan 11(1)(b) (menggaji pekerja tiada latihan pengendali makanan) serta 32(1)(b) (pekerja tidak memakai apron dan kasut)," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619