AGENDA

Tindakan tegas jika lakukan pembakaran terbuka

4 Feb 2020, 10:51 AM
Tindakan tegas jika lakukan pembakaran terbuka

SHAH ALAM, 4 FEB: Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab termasuk pemilik tanah yang menyebabkan pembakaran terbuka di Johan Setia, Klang.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Kerajaan Selangor memaklumkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara bersepadu sepanjang musim panas dan kering.

Menterinya, tindakan diambil mengikut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM500,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727 dan eaduan.doe.gov.my atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 999.

"Selain itu orang awam juga boleh menyemak bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan maklumat terkini status kualiti udara di portal JAS: www.doe.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar ‘MyIPU'," katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan menteri Yeo Bee Yin sebelum itu menghadiri mesyuarat membincangkan insiden di Johan Setia di Bangunan Annex di sini hari ini.

Terletak lebih kurang 15km di selatan Shah Alam dan 10km di tenggara bandar Klang, Johan Setia merupakan kawasan pertanian seluas 4,000 ekar.

Dikelilingi kawasan berpenduduk padat, kawasan itu merupakan tanah gambut yang mudah terbakar dan makin kerap berlaku pembakaran terbuka sejak 2017.

Berdasarkan statistik JAS, 55 aduan kebakaran terbuka dilaporkan pada 2017, 85 aduan pada 2018 dan 95 aduan tahun lalu. Sebanyak 45 notis arahan, 13 tawaran kompaun dan tiga kertas siasatan dibuka bagi kes pembakaran di kawasan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619