AGENDA

KPN tak putus asa buru dalang skandal 1MDB

14 Jan 2020, 1:30 AM
KPN tak putus asa buru dalang skandal 1MDB

SHAH ALAM,14 JAN: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak berputus asa memburu individu yang menjadi dalang dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB),  Jho Low.

"Saya akui saya gagal, bukan gagal sebab saya nak tunjuk saya superhero, tetapi saya janji dulu nak berusaha (menangkap Jho Low). Malangnya saya berdepan rintangan yang didirikan oleh pihak tertentu agar dia tidak dapat dibawa kembali ke sini untuk didakwa di mahkamah.

"Saya tak putus asa (dan) akan terus berusaha sebab seperti yang saya sebut pada 2015, ini satu rompakan yang merugikan negara. Masih ada berbilion dolar AS dalam kawalannya," lapor Malaysiakini.

Abdul Hamid bagaimanapun tidak menyebut secara khusus pihak yang dimaksudkan menghalang penangkapan Jho Low.

Dalam wawancara Jho Low dengan media Singapura Straits Times baru-baru ini, dia menafikan menjadi dalang dalam skandal 1MDB, dan berkata hanya menjadi orang tengah untuk urus niaga syarikat itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619