AGENDA

Rokok putih seludup RM1.47 juta untuk pasaran Lembah Klang dirampas

1 Jan 2020, 1:00 PM
Rokok putih seludup RM1.47 juta untuk pasaran Lembah Klang dirampas

ISKANDAR PUTERI, 1 JAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan cubaan menyeludup masuk rokok putih bernilai RM1.47 juta di Bay Pemeriksaan Wisma Kastam Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, pada 24 Disember lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamiddan Maryani berkata, hasil risikan pihaknya, sebanyak 52,500 karton rokok putih dikesan disembunyikan dalam sebuah kontena dari negara China.

Katanya, kontena itu dinyatakan membawa muatan perabot dan duti kastam bagi rokok itu dianggarkan RM7 juta.

“Dipercayai rokok seludup ini adalah untuk pasaran di Lembah Klang, ini kerana ejen yang menguruskan barangan dagangan itu berdaftar di kawasan itu (Lembah Klang),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan, katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619