PBT

Waktu laluan di Jalan Perbandaran dilanjutkan

30 Dis 2019, 9:48 AM
Waktu laluan di Jalan Perbandaran dilanjutkan

KLANG, 30 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan melanjutkan waktu laluan di Jalan Perbandaran, di sini mulai Khamis ini bagi melancarkan perjalanan berikutan pembukaan sesi persekolahan bermula.

Timbalan Yang Dipertuanya, Elya Marini Darmin berkata, lanjutan masa itu bermula jam 6.30 hingga 9.30 pagi berbanding sebelum ini setakat jam 8.30 pagi sahaja.

"Manakala, pada sebelah petang pula kita mahu melanjutkan bermula jam 4 petang hingga 9 malam iaitu lanjutan tiga jam berbanding sebelum ini.

"Kita berharap dengan lanjutan ini akan memberi keselesaan kepada orang awam untuk menggunakan laluan terbabit setiap hari," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK Bil 12/2019 di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, di sini, hari ini.

Turut hadir, Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani Pateh Akhir.

Selain itu, katanya, pihaknya juga bercadang mahu mengindahkan lagi lorong perbandaran terbabit dengan penanaman pokok pada tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619