AGENDA

Kabinet setuju penubuhan Majlis Media Malaysia

15 Dis 2019, 1:34 PM
Kabinet setuju penubuhan Majlis Media Malaysia

KUALA PILAH, 15 DIS: Kabinet baru-baru ini secara dasar bersetuju dengan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.

Beliau berkata, mesyuarat pertama mengenai majlis berkenaan dijangka akan diadakan minggu hadapan, dipengerusikan oleh beliau sendiri, dengan disertai bersama lapan individu yang mewakili media, dan ia akan membincangkan aspek mengenai kerangka penubuhannya.

"Penubuhan MMC ini bertepatan masanya, bagi memastikan masa depan dan kebajikan pengamal media dalam negara lebih terjamin. Saya percaya dengan penubuhan MMC ini banyak perkara berkaitan dengan masalah pengamal media akan dapat diatasi dari semasa ke semasa," katanya di sini, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Pesta Bola Ngoca 2019 di Empang Bangkung, Juasseh, di sini, Ahli Parlimen Kuala Pilah itu berkata, keanggotaan majlis berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.

MMC adalah sebuah badan kawal selia kendiri yang boleh meletakkan standard yang tinggi bagi komuniti media untuk membantu membina dan mengekalkan kepercayaan rakyat kepada industri berkenaan dan bertindak sebagai sebuah badan timbang tara antara rakyat dan pihak media demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Terdahulu pada program berkenaan, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan muncul juara pertandingan bola sepak sawah dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, manakala Veteran DBKL, Kuala Lumpur, naib johan dan meraih RM7,000 serta Baling FC, Kedah ditempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM5,000.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619