AGENDA

Warga tempatan didahulukan dalam pembelian rumah tidak terjual

13 Sep 2019, 9:55 AM
Warga tempatan didahulukan dalam pembelian rumah tidak terjual

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad memberi jaminan kerajaan akan memberi keutamaan kepada pembeli tempatan, dalam menyelesaikan isu lambakan rumah tidak terjual.

Khalid berkata sekiranya usaha itu tidak berhasil, kerajaan perlu memikirkan kepentingan pemaju dan reputasi industri hartanah negara.

"Apabila adanya rumah tidak dijual, maka akan diusahakan untuk dijual kepada warga tempatan, jika masih tidak berjaya, maka sememangnya pihak kerajaan mesti memikirkan daripada segi kepentingan pemaju dan soal pasaran hartanah di negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Wilayah Persekutuan, di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Khalid berkata warga tempatan sentiasa didahulukan dalam pembelian rumah tidak terjual itu dan usaha itu akan dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Dalam pada itu beliau berkata Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), adalah antara kaedah yang terpaksa difikirkan sekiranya masih terdapat rumah kosong tidak terjual.

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjelaskan yang program MM2H akan digunakan, bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual itu dan bukan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) seperti yang dikatakannya sebelum itu.

Bagaimanapun, ia masih dalam perbincangan di peringkat kementerian dan belum dibawa ke Kabinet.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619