BERITA UTAMA

Malaysia tetap teruskan projek kereta terbang

27 Ogos 2019, 11:19 PM
Malaysia tetap teruskan projek kereta terbang

PETALING JAYA, 28 OGOS: Malaysia tetap dengan pendiriannya berhubung projek kereta terbang pertamanya, walaupun sekalipun dikritik pelbagai pihak.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, ia termasuk kritikan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Profesor Phillip Alston, baru-baru ini, .

"Kita terbuka kepada mana-mana pendapat untuk membangunkan projek itu. PBB mungkin punya pandangannya sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat syarikat pembekal solution ICT berasaskan sekuriti, Datasonic Group Bhd di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Alston berhubung projek itu bahawa ia tidak praktikal dilaksanakan di Malaysia, dengan alasan negara ini sering terdedah kepada ribut dan kenderaan itu akan menggunakan terlalu banyak bahan bakar fossil.

Alston dilaporkan berkata projek kereta itu membazirkan sumber dan masa bagi Malaysia yang sepatutnya membuat persediaan bagi menghadapi kesan perubahan iklim yang kini mula terasa.

"Projek ini adalah inisiatif swasta. Jika anda lihat pada seluruh eko sistem industri itu sendiri, saiznya adalah kira-kira USD500 bilion seantero dunia, ini industri besar yang kita harus terlibat dan sokong,” kata Mohd Redzuan.

Prototaip kereta terbang itu sedang didirikan oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun, dan kerja membina kereta berkenaan kini 85 peratus siap.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619