AGENDA

Sawit Kinabalu cipta jentera urus kerja lebih efisyen

4 Ogos 2019, 9:52 AM
Sawit Kinabalu cipta jentera urus kerja lebih efisyen
Sawit Kinabalu cipta jentera urus kerja lebih efisyen

TAWAU, 4 OGOS: Langkah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, Sawit Kinabalu memperkenalkan jentera mekanikal yang dicipta sendiri, adalah satu usaha baik syarikat itu ke arah gerak kerja lebih efisien, jimat serta relevan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, peralatan yang dicipta itu walaupun teknologinya tidak begitu canggih, tetapi berfungsi dengan baik, sekali gus syarikat menjadi perintis dalam penggunaannya.

"Antara jentera saya lihat tadi ada Sawit Tambadau, Sawit ‘Crawler’, peralatan ini masing-masing berfungsi, termasuk untuk mengambil dan memunggah longokan buah, ini bukan hanya membolehkan penjimatan kos kerana tidak menggunakan pekerja, malahan dari segi masa pungahan lebih baik dan pantas ," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak jentera mekanikal ciptaan Sawit Kinabalu di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata, meskipun Sawit Kinabalu berhadapan pelbagai ketidaktentuan masalah sawit di dunia, itu tidak melemahkan syarikat itu malahan menunjukkan semangat tinggi dan sifat kompetitif.

"Sawit Kinabalu merupakan satu GLC yang mempunyai keluasan ladang agak besar, dan kita sedar dan tahu bawa permintaan dan harga kelapa sawit cukup tidak menentu, dan agak berpanjangan dari segi kejatuhan harganya.

"Selain masalah mendapatkan pekerja atau buruh yang selalunya tidak kekal di satu-satu ladang (pekerja pindah bergantung kepada upah ditawarkan) dan masalah ini turut membimbangkan, namun apabila syarikat ini memperkenalkan peralatan sendiri yang lebih jimat, efisien dan relevan itu memberi kesan positif," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan syarikat GLC lain agar mengambil contoh inisiatif Sawit Kinabalu dalam menangani masalah kos pengeluaran tetapi masih kompetitif.

Selain itu, Mohd Shafie turut menekankan keperluan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan, dalam usaha semua ladang-ladang di Sabah dapat meningkatkan pengeluaran kapasiti, mengurangkan kos dan memaksimumkan keuntungan produk dihasilkan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619