AGENDA

Kenya mula eksport minyak mentah 200,000 tong

2 Ogos 2019, 8:04 AM
Kenya mula eksport minyak mentah 200,000 tong

NAIROBI, 2 OGOS: Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta berkata negaranya berjaya menyelesaikan perjanjian berhubung eksport sebanyak 200,000 tong minyak mentah bernilai US$12 juta, lapor agensi berita Xinhua.

"Kenya kini pengeksport minyak. Ini adalah perjanjian pertama berjaya diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Nairobi, pada Khamis.

Bagaimanapun, Kenyatta tidak mendedahkan butiran mengenai pembeli.

Seorang pegawai berkata, eksport itu bertujuan melihat penerimaan pasaran antarabangsa terhadap minyak rendah sulfur keluaran Kenya, menjelang pengeluaran secara komersial yang dijangka bermula separuh kedua 2023.

Syarikat British Tullow Oil plc yang menjalankan penerokaan minyak di Turkana barat laut Kenya berkata minggu lalu, pengeluaran menerusi Skim Perintis Minyak (EOPS) meningkat 600 tong kepada 2,000 tong sehari dan sebanyak 200,000 tong telah dihantar ke pelabuhan Mombasa.

Pada 2012, syarikat itu menemui minyak di timur negara Afrika itu, kini dianggarkan sebanyak 750 juta tong.

EOPS dikendalikan Tullow Oil, Afrika Oil Corp dan Total S.A. bersama kerajaan Kenya yang memiliki Blok 10BB dan 13T di barat laut Kenya. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619