AGENSI

LRA Sungai Selangor, Rantau Panjang kembali beroperasi

22 Jul 2019, 12:20 AM
LRA Sungai Selangor, Rantau Panjang kembali beroperasi

SHAH ALAM, 22 JUL: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta LRA Rantau Panjang kembali beroperasi, pada 3.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasinya, Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya masih dalam proses meningkatkan serta menstabilkan paras kolam dan tekanan di sistem agihan bagi proses pemulihan air secara berperingkat.

"Bantuan lori - lori tangki digerakkan dengan keutamaan kepada pelanggan dan premis kritikal serta kecemasan.

"Memandangkan insiden ini melibatkan gangguan berskala besar, mohon kerjasama pelanggan untuk mendapatkan bantuan di Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan pili - pili awam bagi mengelakkan kelewatan penghantaran bantuan lori tangki air," katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Abdul Raof berkata, Air Selangor dengan bantuan agensi - agensi berkaitan sedang berusaha sedaya upaya memberi bantuan dan mempercepatkan pemulihan ke semua kawasan yang terlibat.

Katanya, bagi mengelakkan kesesakan talian di pusat panggilan kami ekoran kemasukkan panggilan yang tinggi , sila dapatkan maklumat dan status terkini melalui aplikasi telefon bimbit Air Selangor, laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor” dan Twitter @air_selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619