ADN

Rodziah kesal individu curi pam air kecemasan

17 Jul 2019, 4:08 AM
Rodziah kesal individu curi pam air kecemasan
Rodziah kesal individu curi pam air kecemasan
Rodziah kesal individu curi pam air kecemasan

SHAH ALAM, 17 JULAU: Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail kesal dengan perbuatan individu yang mencuri pam air kecemasan di Sungai Rasah hingga menyebabkan banjir, baru-baru ini.

Dalam status dimuat naik di Facebook, beliau turut menyatakan kesediaan membantu jika individu terbabit mengalami kesempitan kewangan sehingga mengambil jalan melakukan jenayah.

"Saya dimaklumkan bahawa kawasan Sungai Rasah banjir. Biasanya hujan tidak pula banjir, siasat punya siasat, rupanya pam yang Jabatan Parit dan Saliran letak untuk pam air semasa kecemasan dicuri. Tolonglah siapa yang punya kerja.

"Ini harta kerajaan yang dibeli dengan duit rakyat untuk kepentingan dan keselesaan rakyat. Kenapalah dicuri. Jika betul tiada duit, banyak cara untuk kami bantu. Janganlah buat kerja yang menyusahkan banyak pihak," keluhnya.

Rodziah turut melahirkan rasa simpati kepada penduduk Sungai Rasah ekoran kejadian yang menjejaskan kawasan kediaman mereka.

Sehingga berita ini ditulis, SelangorKini sedang cuba menghubungi Rodziah bagi mengetahui status terkini isu terbabit.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619