NASIONAL

Zuraida: Pembersihan Sungai Kim Kim selesai sepenuhnya

24 Jun 2019, 3:03 PM
Zuraida: Pembersihan Sungai Kim Kim selesai sepenuhnya

SHAH ALAM, 24 JUN: Proses pembersihan sepenuhnya telah dilakukan di kawasan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor yang sebelum ini tercemar akibat pembuangan sisa kimia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya dimaklumkan berhubung perkara itu dan ia telah diselesaikan.

Katanya, berikutan maklumat terkini yang baharu diterima itu beliau ingin membetulkan beberapa fakta daripada kenyataan awal kepada media sebelumnya.

"Adalah dimaklumkan bahawa kawasan terbabit telah dibersihkan sepenuhnya dan sisa berbahaya yang terkumpul telah dibawa ke Pusat Pelupusan Kualiti Alam untuk dihapuskan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan awal seperti dilaporkan Bernama, Zuraida berkata, kejadian pelajar sekolah di Pasir Gudang, Johor mengalami gejala sesak nafas Khamis lepas dipercayai berpunca daripada sisa bahan kimia dari Sungai Kim Kim yang tidak diurus dengan baik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619