NASIONAL

Petrol percuma buat penghantar makanan di Kepong esok

25 Mei 2019, 9:52 AM
Petrol percuma buat penghantar makanan di Kepong esok

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Penghantar makanan bermotosikal di sekitar ibu kota boleh mendapatkan pengisian petrol secara percuma di Stesen Minyak Caltex, Batu 8 Jalan Kepong di sini, bermula 12 tengah hari hingga 5 petang, esok.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, ia adalah usaha pihaknya bagi menghargai kesungguhan penghantar makanan bermotosikal, khususnya di bulan Ramadan ini.

"Semua penghantar makanan termasuk 'Dahmakan', 'Foodpanda', 'Grabfood', 'Honestbee' dan lain-lain dijemput ke stesen minyak Caltex di Batu 8 Jalan Kepong pada Ahad ini.

“Kami akan mengisi minyak ke dalam tangki motosikal mereka sehingga penuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619