SELANGOR

Tahfiz mohon sumbangan sara pelajar

14 Mei 2019, 3:44 AM
Tahfiz mohon sumbangan sara pelajar
Tahfiz mohon sumbangan sara pelajar

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 13 MEI: Maahad Tahfiz Al Iman Wal Mahani Jalan Kebun, di sini memerlukan sumbangan orang ramai RM3,000 setiap bulan bagi menyara pelajar dan melengkapkan keperluan hariannya.

Mudir Maahad Tahfiz Al Iman Wal Mahani, Muhammad Akmal Asri berkata, pihaknya menghadapi kepadatan pelajar atas permintaan terlalu ramai untuk pelajar memasuki ke pusat tahfiz ini.

"Disebabkan itu, kami tidak mampu menampung kos keseluruhan pelajar kami terpaksa menghadkan pengambilan pelajar.

"Kami amat berharap kepada orang ramai menyalurkan dana kepada kami supaya kami dapat memenuhi keperluan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Musolla Al-Khauthar di Kompleks PKNS Shah Alam, di sini, semalam.

Pada majlis sama, PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) menyalurkan sumbangan RM5,000 kepada tahfiz berkenaan.

"Kami telah diberikan kelulusan sementara bagi pendaftaran maahad ini kerana untuk mendapatkan status lengkap tidak boleh ada sebarang kerja pembinaan yang dijalankan.

"Dengan sumbangan yang diberikan kepada kami, sedikit sebanyak dapat membantu kami menambah fasiliti kepada pelajar," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619