BERITA UTAMA

"Semoga ibu-ibu semua sihat, selamat hari ibu" - Tun M

12 Mei 2019, 6:49 AM
"Semoga ibu-ibu semua sihat, selamat hari ibu" - Tun M

 

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada kaum wanita di seluruh negara.

“Selamat menyambut Hari Ibu. Saya harap ibu-ibu semua berada dalam keadaan sihat dan mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik,” kata Dr Mahathir menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau @chedetofficial.

Turut dilampirkan bersama catatan itu ialah klip video berdurasi 32 saat yang memaparkan Dr Mahathir, 93, bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, 92, yang juga ibu kepada tujuh anak mereka.

Hari Ibu di Malaysia disambut setiap Ahad minggu kedua dalam bulan Mei setiap tahun.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619