NASIONAL

Lebih 90% keracunan berlaku di rumah

7 Apr 2019, 8:13 AM
Lebih 90% keracunan berlaku di rumah

GEORGE TOWN, 7 APRIL: Kira-kira 93 peratus kes keracunan yang direkodkan di negara ini berlaku di rumah, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya statistik Pusat Racun Negara itu dicatatkan bagi tempoh 1993 hingga tahun lalu.

Sehubungan itu katanya, kementerian akan mempergiat kempen kesedaran mengenai keracunan di rumah ke seluruh negara, melibatkan semua lapisan masyarakat.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kediaman Selamat peringkat negeri Pulau Pinang di perkarangan Masjid Al-Huda, Sungai Ara di sini hari ini.

Menurutnya beliau juga akan membincangkan isu itu dengan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin serta Menteri Kesihatan  Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam usaha menyebarluaskan kempen.

Statistik itu antara lain menyatakan 66 peratus kes dicatatkan  bagi keracunan tidak sengaja membabitkan produk bahan kimia isi rumah (33 peratus) dan ubat-ubatan (33 peratus).

Selain itu, sebanyak 46 peratus kes keracunan tidak sengaja melibatkan  kanak-kanak berumur 1-9 tahun dan 54 peratus kes melibatkan keracunan produk bahan kimia  isi rumah membabitkan produk pencuci dan peluntur.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619