SELANGOR

Air Selangor, ADN Sungai Panjang anjur Program Jimat Air

5 Apr 2019, 5:10 AM
Air Selangor, ADN Sungai Panjang anjur Program Jimat Air
Air Selangor, ADN Sungai Panjang anjur Program Jimat Air
Air Selangor, ADN Sungai Panjang anjur Program Jimat Air

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SABAK BERNAM, 5 APR: Lebih 100 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang menghadiri Program Jimat Air bersama Air Selangor di Balai raya Kampung Hala Cara Baru Parit 16, di sini, hari ini.

Ahli Dewan Negeri Sungai Panjang, Dato' Mohd Imran Tamrin berkata, program itu bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan pentingnya penjimatan air.

Katanya, kadar penggunaan air domestik harian penduduk di Sabak Bernam merupakan antara yang tertinggi di Selangor.

 

"Jadi kita mahu pengguna ubah sikap yang tidak baik, contohnya tabiat membuka air berterusan ketika memberus gigi dan mandi. Ini suatu pembaziran.

"Kita menyokong kempen sebegini dan berharap Air Selangor boleh teruskan pada masa akan datang," katanya kepada media, selepas Program Jimat Air, di sini.

Sementara itu, Muhammad Yusof Ahmad, 74, penduduk kampung itu berkata, penganjuran program itu sangat memberi manfaat kerana mereka berpeluang berdialog bersama wakil Air Selangor.

Pengisian utama program itu adalah taklimat penerangan daripada Air Selangor dan sesi dialog bersama penduduk.

Air Selangor turut membuka perkhidmatan bagi penduduk menyemak dan mengemaskini alamat akaun bil air mereka.

Pada masa sama, mereka turut mengedarkan lebih 200 kit penjimatan air yang merangkumi 6 biji bidal air kepada penduduk.

Diakhir program, dijalankan sesi cabutan bertuah dan disertai dengan demonstrasi pemasang bidal air di rumah penduduk berdekatan.

Program terbabit merupakan siri jelajah Air Selangor yang ketiga ke daerah seluruh Selangor selepas Petaling dan Banting.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619