SELANGOR

Cadang wujud landasan digital IKS, tarik pelabur

21 Mac 2019, 10:20 AM
Cadang wujud landasan digital IKS, tarik pelabur

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 21 MAC: Kerajaan Negeri digalakkan untuk mewujudkan satu landasan digital dalam kalangan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) bagi menarik pelabur datang ke Selangor, kata Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Hilman Idham.

Beliau berkata, kaedah atau teknologi digital itu amat digalakkan untuk ia dilaksanakan selain mewujudkan ekspo secara fizikal.

"Apabila wujudnya digital platform, ia dapat tarik lebih ramai pelabur datang ke Selangor sekali gus mereka dapat mengenali produk yang dihasilkan usahawan IKS kita.

"Justeru, menerusi digital platform ini usahawan IKS tempatan dan luar negara dapat membina hubungan kerja dengan lebih akrab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan usul peruntukan Pembangunan Belanjawan Selangor 2019 di Sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Katanya, menerusi kewujudan digital platform itu ia secara langsung mampu memberi ruang kepada usahawan IKS antara negara berurusan dengan lebih cepat.

Digital platform itu sebagai langkah bagi mengembangkan lagi ekspo seperti Selangor International Business Summit (SIBS), Selangor International Expo dan Selangor R&D and Innovation Expo.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619