SHAH ALAM, 29 MAC: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima daerah di Selangor hingga 12 tengah hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
Cuaca sama diramal melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.









