PM, MB tunai solat Jumaat bersama 4,000 jemaah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah

27 Mac 2026, 7:27 AM
PM, MB tunai solat Jumaat bersama 4,000 jemaah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah
PM, MB tunai solat Jumaat bersama 4,000 jemaah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah

SHAH ALAM, 27 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 4,000 jemaah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini hari ini.

Turut mengiringi beliau, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah serta EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi.

Ketibaan Anwar dan Amirudin sekitar jam 1.15 tengah hari disambut Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Abas Mohamad Yusof, bersama para jemaah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama jemaah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 27 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Jemaah kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Prinsip Kecukupan Dalam Islam’ yang disampaikan oleh imam berkenaan sebelum menunaikan solat Jumaat secara berjemaah.

Selesai solat, Anwar yang mengenakan baju Melayu ungu muda meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum beredar meninggalkan masjid kira-kira jam 2.20 petang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berdoa bersama jemaah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam pada 27 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri dijadual berlepas ke Jakarta petang ini bagi mengadakan lawatan khas untuk membincangkan perkembangan semasa geopolitik Asia Barat yang semakin meruncing, selain memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Rutin menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat merupakan antara inisiatif mingguan Anwar sejak menerajui Kerajaan Perpaduan pada November 2022, sebagai usaha mendekati rakyat secara langsung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619