Iran bakal kenakan yuran bagi kapal lalui Selat Hormuz

26 Mac 2026, 2:50 PM
Iran bakal kenakan yuran bagi kapal lalui Selat Hormuz

TEHRAN, 26 MAC: Iran mahu mengenakan bayaran bagi kapal yang melalui Selat Hormuz secara sah dari segi undang-undang, kata Ahli Parlimen Iran, Mohammadreza Rezaei Kouchi pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada 24 Mac, Bloomberg melaporkan yang Tehran mula mengenakan bayaran sehingga US$2 juta bagi kapal komersial yang transit di Selat Hormuz.

"Kami mahu merangka satu rang undang-undang di mana kedaulatan, penguasaan dan kawalan ke atas Selat Hormuz akan termaktub dalam undang-undang, sekali gus mewujudkan sumber pendapatan bagi negara melalui tol. Versi awal sudah siap, tetapi ia belum lagi mewakili rang undang-undang yang lengkap," kata ahli parlimen itu seperti yang dipetik oleh Tasnim.

Beliau berkata bayaran itu perlu "bagi menjamin keselamatan kapal" yang melalui laluan air yang menghubungkan Teluk Parsi dan Teluk Oman itu.

Kerja merangka rang undang-undang itu akan diteruskan dalam masa terdekat, sebelum ia dipertimbangkan dalam sesi terbuka parlimen.

Timbalan Menteri Luar Iran Vahid Jalalzadeh berkata Tehran sedang membangunkan rejim perundangan baharu bagi Selat Hormuz yang akan berkuat kuasa selepas konflik berakhir, dengan rancangan Iran untuk bekerjasama dengan Oman dalam perkara ini.

Pada 28 Februari, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang mengakibatkan kerosakan dan kematian orang awam.

Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan ketenteraan AS di Asia Barat.

Ketegangan di sekitar Iran menyebabkan berlakunya sekatan secara de facto di Selat Hormuz, iaitu laluan utama bagi penghantaran minyak dan gas asli cecair dari negara Teluk Parsi ke pasaran global.

Ia juga menjejaskan eksport minyak dan tahap pengeluaran di rantau itu, sekali gus memacu kenaikan harga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619