Kemarau diisytihar di Tawau

25 Mac 2026, 5:23 AM
Kemarau diisytihar di Tawau

TAWAU, 25 MAC: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau hari ini mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana kemarau, melibatkan kawasan Pulau Sebatik.

Pengisytiharan dibuat oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Joseph Pang yang juga pengerusi jawatankuasa itu pada 10 pagi hari ini.

Beliau berkata keputusan itu diambil selepas meneliti situasi semasa berdasarkan laporan serta maklumat lapangan daripada agensi berkaitan dalam JPBD yang menunjukkan kawasan berkenaan berhadapan keadaan cuaca kering berpanjangan.

Pulau Sebatik merupakan pulau yang dikongsi antara dua negara, dengan bahagian utara terletak di Malaysia manakala bahagian selatan di Indonesia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619