Cuaca panas: Umat Islam diseru laksana solat sunat istisqa’ mohon hujan

24 Mac 2026, 9:57 AM
Cuaca panas: Umat Islam diseru laksana solat sunat istisqa’ mohon hujan
Cuaca panas: Umat Islam diseru laksana solat sunat istisqa’ mohon hujan

PUTRAJAYA, 24 MAC: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menyeru umat Islam melaksanakan solat sunat istisqa’ memohon rahmat hujan susulan cuaca panas dan kering ketika ini.

Beliau berkata usaha berkenaan wajar dilaksanakan secara berterusan sebagai tanda keinsafan dan kebergantungan kepada Allah SWT.

“Semoga segala doa dan munajat yang dipanjatkan diterima serta dimakbulkan oleh Allah SWT serta dikurniakan hujan yang membawa keberkatan kepada seluruh alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Foto BERNAMA

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini tahun ini termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan.

Beliau berkata dalam cuaca panas melampau ketika ini, orang ramai perlu lebih peka termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619