Lebih 400 stesen minyak ditutup susulan kenaikan harga bahan api

23 Mac 2026, 1:19 PM
Lebih 400 stesen minyak ditutup susulan kenaikan harga bahan api

MANILA, 23 MAC: Lebih 400 stesen minyak di seluruh Filipina telah menghentikan operasi susulan kenaikan harga bahan api, menurut Polis Kebangsaan Filipina (PNP) pada Isnin, lapor Xinhua.

Jurucakap PNP Randulf Tuano berkata pada sidang media bahawa jumlah stesen minyak yang ditutup di Filipina meningkat kepada 403 berbanding 273 yang direkodkan pada Rabu lepas.

Beliau menambah bahawa PNP telah memantau sebanyak 14,313 stesen minyak di seluruh negara, dan bekalan bahan api sedia ada dijangka mencukupi sehingga pertengahan April.

PNP juga telah memfailkan kes berkaitan penjualan bahan api secara haram, penyorokan bekalan dan pencatutan di beberapa kawasan.

Agensi itu menyatakan ia sedang menyelaraskan siasatan dengan Jabatan Tenaga, selain memperhebatkan pemantauan terhadap stesen minyak yang menghentikan operasi selepas curiga bahawa sebahagian penutupan mungkin berkait dengan manipulasi iharga.

-- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619