2.9 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga lewat malam ini

23 Mac 2026, 12:23 PM
2.9 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga lewat malam ini

SHAH ALAM, 23 MAC: Beberapa lebuh raya utama mula mengalami kesesakan apabila jumlah kenderaan bertambah, susulan kepulangan orang ramai ke Lembah Klang dan ibu kota selepas Aidilfitri

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.9 juta kenderaan akan memasuki ibu kota sehingga lewat malam ini, lapor Berita Harian.

"Perkembangan trafik hari ini menunjukkan peningkatan berperingkat sejak pagi dan dijangka berterusan hingga ke malam berikutan orang ramai mula pulang ke bandar untuk kembali bekerja.

"Aliran trafik masuk ke ibu kota ketika ini membabitkan pergerakan dari arah utara, selatan dan pantai timur, khususnya melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) serta Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

"Semalam aliran lebih tinggi dari arah pantai timur, hari ini kita lihat peningkatan lebih ketara dari arah utara dan selatan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, LLM memaklumkan terdapat beberapa insiden yang turut menyumbang kepada kesesakan di laluan tertentu.

Antaranya, kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan dari Gopeng menghala ke Tapah (arah selatan) di Kilometer 321.0, selain sebuah lori rosak di laluan Changkat Jering ke Kuala Kangsar di Kilometer 231.7.

Bagi laluan dari arah selatan menuju ke ibu negara, LLM memaklumkan tiada kemalangan dilaporkan setakat ini, namun trafik kekal tinggi.

Dalam pada itu, LLM memaklumkan, sebanyak 30 lokasi Smart Lane diaktifkan di lebuh raya utama bagi membantu melancarkan aliran trafik sepanjang tempoh puncak ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619