Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kajang memaklumkan operasi Op Samseng Jalanan dan Cegah Jenayah itu melibatkan pemeriksaan terhadap 24 individu bersama 18 motosikal di lokasi berkenaan.
"Sebanyak 46 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk tiada lesen memandu, pengubahsuaian ekzos, cukai jalan tamat tempoh serta kesalahan teknikal kenderaan lain," menurut kenyataan di Facebook.
Dalam pada itu, pihaknya menegaskan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan aktiviti lumba haram dan pelanggaran undang-undang jalan raya.
"Sebarang aktiviti lumba haram dan pelanggaran undang-undang jalan raya akan dikenakan tindakan tanpa kompromi demi memastikan keselamatan awam dan ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara," tegasnya.








