Surau At-Talbiah terbakar bakal dibina semula, kontraktor dilantik segera

23 Mac 2026, 5:42 AM
Surau At-Talbiah terbakar bakal dibina semula, kontraktor dilantik segera

SHAH ALAM, 23 MAC: Surau At-Talbiah di Kampung Dusun Nanding, Hulu Langat yang musnah dalam kebakaran hujung tahun lalu akan dibina semula dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Negeri Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz berkata pelantikan kontraktor dijangka dibuat dalam tempoh satu hingga dua bulan, manakala proses pembinaan akan dipantau Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU) Shah Alam.

“Surau At-Talbiah merupakan institusi komuniti yang telah wujud lebih lima generasi, menyatukan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

“Diharapkan pembinaan semula ini dapat mengembalikan peranan surau sebagai pusat ibadah dan penyatuan ummah bagi penduduk Kampung Dusun Nanding dan sekitarnya,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, surau berkenaan musnah dalam satu kejadian kebakaran yang menjejaskan kemudahan ibadah penduduk setempat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah meluluskan peruntukan bagi membina semula surau itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619