Mandi air terjun: Kanak-kanak ditemukan lemas, rakan masih hilang

21 Mac 2026, 12:45 PM
Mandi air terjun: Kanak-kanak ditemukan lemas, rakan masih hilang

SIBU, 21 MAC: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang ketika mandi di kawasan air terjun Sungai Plan Lot, Kidurong, Bintulu, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mayat Tristan Mariss Marissa Erna, 12, ditemukan pada 5.20 petang kira-kira lima meter dari tebing sungai manakala mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Daren Dakun, 13.

“Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa bersama dua lagi rakan mereka, masing-masing seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dipercayai mandi di kawasan air terjun itu kira-kira 2 petang.

“Kedua-dua mangsa kali terakhir dilihat pada 2.30 petang sebelum disyaki lemas,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.22 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong digerakkan ke lokasi kejadian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619