Polis buru tiga suspek berpakaian hitam pecah rumah di Seksyen 9

21 Mac 2026, 1:07 AM
Polis buru tiga suspek berpakaian hitam pecah rumah di Seksyen 9

SHAH ALAM, 21 MAC: Polis sedang giat memburu tiga suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Seksyen 9, di sini pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an pada jam 11.52 malam, hari yang sama.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku antara jam 8 malam hingga 11 malam melibatkan tiga suspek tidak dikenali yang berpakaian serba hitam, memakai pelitup muka dan bergerak secara berjalan kaki.

“Siasatan di lokasi mendapati rumah tersebut tidak dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera keselamatan.

“Bagaimanapun, polis telah mendapatkan rakaman CCTV daripada pihak pengurusan kawasan perumahan serta jiran berhampiran bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619