Arab Saudi, UAE, Qatar sambut Aidilfitri pada Jumaat

19 Mac 2026, 12:00 AM
Arab Saudi, UAE, Qatar sambut Aidilfitri pada Jumaat

KUALA LUMPUR, 19 MAC: Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat (20 Mac).

Istana Diraja Arab Saudi dalam satu kenyataan pada Rabu mengumumkan bahawa Mahkamah Agung telah memutuskan hari terakhir Ramadan di negara itu jatuh pada Khamis (19 Mac), manakala 1 Syawal disambut pada Jumaat, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Sementara itu, Istana Presiden UAE turut membuat pengumuman serupa yang menyatakan Khamis merupakan hari terakhir bagi bulan suci Ramadan di negara berkenaan, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Menurut kenyataan Istana Presiden berdasarkan keputusan Jawatankuasa Pencerapan Anak Bulan bagi bulan Syawal 1447 Hijrah yang bersidang pada Rabu malam di Abu Dhabi, serta penelitian laporan pencerapan di seluruh negara, anak bulan Syawal tidak kelihatan pada malam itu.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pencerapan Anak Bulan Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Qatar turut mengumumkan Khamis sebagai hari ke-30 dan terakhir bagi bulan Ramadan, manakala Aidilfitri jatuh pada Jumaat.

Jawatankuasa itu memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat di ibu pejabat kementerian itu pada Rabu malam bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

-- BERNAMA-AGENSI

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619