Allah SWT berkuasa tentukan hidup mati seseorang (VIDEO)

18 Mac 2026, 1:45 PM
Allah SWT berkuasa tentukan hidup mati seseorang (VIDEO)
Allah SWT berkuasa tentukan hidup mati seseorang (VIDEO)

SHAH ALAM, 18 MAC: Surah al-Mulk ayat ke-28 menegaskan hanya Allah SWT yang berkuasa dalam menentukan hidup dan mati seseorang.

Pensyarah Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata ayat tersebut ditujukan kepada orang kafir yang sering mendoakan supaya dibinasakan Nabi Muhammad SAW dan orang beriman.

Pensyarah Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi menghuraikan kandungan dan ayat Surah Al-Mulk dalam progam Tadabbur al-Quran 30 hari 30 ayat bersama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Orang kafir apabila ditujukan ancaman kepada mereka kerana keengganan dan tidak bertakwa, mereka mendoakan kehancuran dan kebinasaan Nabi dan orang-orang beriman.

“Menerusi ayat ini, tiga perkara disebut iaitu sama ada orang beriman akan dibinasakan atau dikasihani Allah, yang kedua sudah pasti yang beriman dikasihani Allah. Yang ketiga pula, kamu (orang kafir) tiada siapa akan selamatkan kamu,” katanya.

Ayat berkenaan dibacakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dengan bimbingan Dr Ahmad Fakhrurrazi menerusi program Tadabbur al-Quran 30 Hari 30 Ayat sempena Ramadan.

Sebagai penutup kupasan, Amirudin turut menjelaskan, adab dan kaedah Islam dalam mendidik atau menjelaskan yang benar bukanlah dengan mengaibkan sebaliknya memberi ruang berfikir dan memperbetulkan akhlak.

Tangkap layar rakaman video progam Tadabbur al-Quran 30 hari 30 ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Kaedah dan cara berdepan dengan orang ingkar atau kafir perlu beri penegasan dan sanggahan yang sangkaan mereka dengan betul dan berhemah.

“Perlu melihat konteks ini lebih besar, apabila orang yang menghancurkan kejatuhan, nasihati dengan kaedah dan cara betul, supaya dapat membawa kepada kebaikan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619